Thursday, November 20, 2014

Nota Sains 1 - INFERENS

Nota 1: Inferens
Bagaimana menjawab soalan inferens?

Apa itu inferens? 
Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.

TIPS 1
**inferens ialah sebab kenapa sesuatu itu terjadi berdasarkan apa yang dapat kita perhatikan. 
contoh situasi : 
Murid A: saya lihat pokok X layu. 
Murid B : Kenapa pokok itu layu?
*Maka kita berikan sebab kenapa ia layu, itulah inferens.

**Apa maksud inferens jitu? 
- Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima. 

**Apa maksud inferens bebas?
-Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.


TIPS 2
**Ada inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan.
Perbandingan itu mesti dinyatakan dalam jawapan.

Tips 3: 
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas. 
2. Tuliskan pemerhatian. 
   Perlu jawab(pemerhatian)+(alasan)
3. Jangan lupa kata hubung "kerana" 
Contoh jawapan : Pokok X mati kerana tidak mendapat air mencukupi.

Contoh soalan dan jawapan

1.
Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan Pak Aiman. 

1a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.

Jawapan salah : 
Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti.

Jawapan betul

Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti berbanding ikan peliharaan Pak Aiman.


2.
Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma, Siti mendapati roti yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari berbanding dengan roti yang tidak dititiskan dengan air.


2a.Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.

Jawapan salah : 
Roti yang dititiskan air ditumbuhi  kulat kerana keadaan roti yang berbeza-beza.

Jawapan salah : 
Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang sesuai. 

Jawapan betul

Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan lembab membolehkan kulat tumbuh


Sila jawab soalan yang diberikan di bahagian petak komen disediakan.

Soalan 1
1a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
    
    ............................................................


Soalan 2

2a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
    
    ............................................................





SOALAN TAMAT..