Nota 1: Inferens
Bagaimana menjawab soalan inferens?
Apa itu inferens?
Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.
TIPS 1
**inferens ialah sebab kenapa sesuatu itu terjadi berdasarkan apa yang dapat kita perhatikan.
contoh situasi :
Murid A: saya lihat pokok X layu.
Murid B : Kenapa pokok itu layu?
*Maka kita berikan sebab kenapa ia layu, itulah inferens.
**Apa maksud inferens jitu?
- Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima.
**Apa maksud inferens bebas?
-Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.
TIPS 2
**Ada inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan.
Perbandingan itu mesti dinyatakan dalam jawapan.
Tips 3:
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tuliskan pemerhatian.
Perlu jawab(pemerhatian)+(alasan)
3. Jangan lupa kata hubung "kerana"
Contoh jawapan : Pokok X mati kerana tidak mendapat air mencukupi.
Contoh soalan dan jawapan
1.
Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan Pak Aiman.
1a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti.
Jawapan betul :
Ikan peliharaan Pak Zakwan lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti berbanding ikan peliharaan Pak Aiman.
2.
Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma, Siti mendapati roti yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari berbanding dengan roti yang tidak dititiskan dengan air.
2a.Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
Jawapan salah :
Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang berbeza-beza.
Jawapan salah :
Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang sesuai.
Jawapan betul :
Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan lembab membolehkan kulat tumbuh
Sila jawab soalan yang diberikan di bahagian petak komen disediakan.
Soalan 1
1a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
............................................................
Soalan 2
2a. Nyatakan inferens berdasarkan penyiasatan ini.
............................................................
SOALAN TAMAT..
SILA JAWAB DI RUANGAN KOMEN DAN COMMENT AS ANONYMOUS
ReplyDeleteCG NADIAH
silinder p jatuh terlebih dahulu daripada silinder lain kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain
ReplyDeletejawapan soalan no 1: silinder p jatuh terlebih dahulu kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain
ReplyDeletei'm zakwan
betul...dan boleh ditambah lagi jawapan berkaitan topik untuk sedapkan rasa..
Deletesilinder p jatuh terlebih dahulu kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain dan ...................>>cuba penuhkan
mane reti cikgu
ReplyDeletei'm zakwan
topik soalan no.1 ialah kestabilan. jadi jawapan yang diberi sepatutnya...
Deletesilinder p jatuh terlebih dahulu kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain dan p kurang stabil berbanding berbanding yang lain.
pembetulan....
Deletesilinder p jatuh terlebih dahulu berbanding yang lain kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain dan p kurang stabil berbanding berbanding yang lain.
jawapan soalan no 2: bayang bayang berubah saiz kerana peredaran matahari dari timur ke barat
ReplyDeletei'm zakwan
bukan berubah saiz tapi panjang berubah...
Deletebayang-bayang berubah panjang kerana bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur
Siti . No 1 : slinder p jatuh kerana luas tapak slinder p lebih kecil berbanding slinder yg lain. No2 : kerana cahaya bergerak lurus..
ReplyDeletesoalan 1...hampir betul dah tu tapi masih kurang.
Deletejawapan yang perlu dijawab:
silinder p jatuh terlebih dahulu berbanding yang lain kerana luas tapak silinder p lebih kecil daripada silinder lain dan p kurang stabil berbanding yang lain.
soalan 2...elakkan terus menggunakan kerana....lebih baik jawab pemerhatian...kerana
Deletejawapan sepatutnya...
perubahan bayang-bayang daripada timur ke barat kerana bumi berputar atas paksinya dari barat ke timur